Salam Alaykum.
yay ! happy semacam sebab cerita yang ditunggu finally dah on air setiap isnin-khamis. cuma kalau waktu tayangan dapat buat malam lagi cool . novel ni best and drama pun awesome !
love you mr arrogant . dengar pun dah tau yang lelaki tu mesti seorang yang berlagak @ poyo. yes , memang betul irham seorang lelaki yang berlagak and ego sangat. tapi dalam drama atau dunia sebenar macam mana keras and kering hati seseorang lelaki tu tapi bila dah berjumpa dengan wanita yang tepat, dia pasti akan berubah.
lelaki memang ego. tambahan lelaki tak suka tonjolkan perasaan pada umum. lebih suka diam dan pendam. tak seperti perempuan yang selesa untuk berkomunikasi berkenaan perasaan kepada orang lain. hati lelaki tu kering, sukar menebak apa yang diorang rasakan or fikirkan.
yang berani seperti irham akan berdiri hadapan luahkan perasaan dan berusaha sehingga dapat. yang sebaliknya, mungkin mereka belum merasakan masa yang tepat untuk berterus terang. ada seorang kawan lelaki, dia ditanya kenapa tidak melakukan tindakan seterusnya iaitu meluahkan, dia menjawab, 'aku boleh luahkan pada dia. tapi apa yang boleh aku beri pada dia ? kalau sayang mampulah aku bagi'.
conclusionnya, ada juga lelaki yang memilih untuk senyap kerana mereka merasakan belum masanya lagi . masa yang tepat itu harus datang dengan kemampuan dia sebagai lelaki yang bakal menanggung pasangan mereka kelak.
Friday, 27 September 2013
Wednesday, 25 September 2013
bendahari, ketua training program dan jawatan semasa
Salam Alaykum.
mula semester sudah tanamkan niat awal-awal tak mahu memegang sebarang jawatan dalam kelas mahupun dalam course. alih-alih, rezeki sekali lagi untuk semester ni.
mula-mula project manager suruh pegang jawatan setiausaha tapi ditukar last minute sebab jawatan tu ditolak oleh pemegang sebelumnya. diri jenis susah nak berkira. kalau susah sangat, tiada orang mahu , kira ambil je asal tahu masih boleh buat dan mampu.
salah satu subject semester lima ni pulak memerlukan setiap grup menjalankan satu training program sendiri. kira procedure dan etika seharuslah sebijik seperti yang real. kena bina syarikat sendiri dan ada komuniti sendiri bagi setiap grup. rasa gerun sebab lecturer nak nampak real and smooth je. ibaratkan mahu mendidik orang dengan segalanya dari kreativiti ahli grup untuk menarik perhatian audience yakni classmates sendiri.
jawatan semasa seharusnyalah sebagai seorang hamba Allah. sebagai anak kepada emak & ayah, adik & kakak kepada adik beradik serta sahabat kepada teman seperjuangan. kesemua jawatan semasa ni tak pernah rasa nak tinggalkan atau berputus asa. sebolehnya dari hari ke hari nak cuba untuk perbaiki semoleknya.
semoga urusan baru dan semasa sentiasa dipermudahkan Allah dan mendapat keredhaan dariNya. Ameen.
Tuesday, 17 September 2013
jangan berhenti meminta
Salam Alaykum.
seringkali kita minta sesuatu yang kita harapkan kita akan dapat. tetapi Allah tidak beri. sering kita berdoa agar apa yang kita suka itulah yang terbaik, belum lagi Allah beri.
kenapa ya ?
Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang kita berkeinginkan. Maha Tahu apa yang tersimpan dilubuk sanubari tiap hambaNya. Allah rindukan suara kita meminta padaNya tanpa lelah. memintalah padaNya tanpa pernah berputus asa. Dia tahu apa yang terbaik dan waktu yang tepat sesuatu berlaku.
Firman Allah S.W.T :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula, kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak megetahui."
(Surah Al Baqarah: Ayat 216)
memintalah dalam doa tanpa berhenti. Allah mengetahui segalanya yang terbaik untuk hambaNya. He is the Best Planner. Have faith in Allah.
Sunday, 15 September 2013
baran
Salam Alaykum.
sabtu malam lepas berkesempatan untuk menonton drama dalam slot cerekarama lakonan Scha Al Yahya dengan Kamal Adli. cerita mengenai seorang perempuan/ isteri yang mempunyai sifat baran. cerita yang sangat menarik sebab isu ni ada terjadi dalam masyarakat sekeliling baik pada perempuan mahupun lelaki.
kenapa boleh jadi baran ? berdasarkan cerita, si isteri mewarisi sifat baran daripada persekitaran sejak kecil. sedari kecil dia menyaksikan ibunya dipukul dan didera oleh bapanya. apa yang dilihat telah memberi persepsi berbeza bagi dia. dia merasakan dia perlu menjadi seorang yang kuat dan sempurna. tak boleh menjadi lemah.
baran juga boleh berlaku disebabkan genetik @ mewarisi dari keturunan keluarga dan juga akibat dari tekanan hidup. ini termasuk hal kerja, pelajaran, perhubungan dan sebagainya.terlalu tertekan ditambah kurang bijak mengendali emosi, membentuk sifat baran seseorang.
berdasarkan cerita, si isteri tidak mengambil sebarang inisiatif untuk merawat sifat barannya malah melarikan diri dari situasi. sebenarnya sifat baran boleh dikurangkan. antara caranya, ahli keluarga atau sahabat perlu mengelak diri dari melakukan sesuatu atau bercakap yang boleh menimbulkan kemarahan, ajar diri untuk bersabar dan beristighfar selalu malah individu juga boleh berjumpa dengan pakar yang boleh membantu mengurangkan sifat mudah marah ni.
sedikit sebanyak info mengenai sifat baran boleh tengok dekat sini:
Friday, 13 September 2013
dulu dan sekarang yang sudah berubah
Salam Alaykum
' aku yang dulu bukanlah yang sekarang ~ Tegar '
pernah dengar lagu di atas ? suka lagu ni sebab melodinya yang comel seperti penyanyinya.
saya yang dulu bukanlah seperti sekarang. hidup terus mengalami perubahan sikit demi sikit. malah, kalau nak diikutkan hidup setiap manusia pun mengalami perubahan. ye dak ? sejak kecil hingga meningkat dewasa, semua mula berubah. kematangan pun semakin bertambah selari dengan bertambahnya umur.
kalau dulu sumber motivasi cukup bersifat kanak-kanak seperti coklat, rancangan kartun, barang permainan tapi sekarang pemotivasi utama adalah emak&ayah, keluarga, sahabat dan juga seseorang yang saya sayang dalam hati.
lain kan ? kalau dulu tak sibuk nak fikir pasal penampilan cantik/kemas, hangout dengan kawan, ataupun perasaan terhadap jantina yang berlainan. hanya fikir untuk bermain, berseronok dan bergembira.
tetapi sekarang, diri dan hati semakin banyak menitikberatkan tiap perasaan yang singgah di hati dan situasi yang dihadapi. banyak perasaan perlu dijaga. banyak juga benda harus difikirkan. tanggungjawab semakin besar. pemikiran harus diluaskan kerana dunia di hadapan semakin mencabar.
kalau dulu mahukan sesuatu, dengan menangis dan merengek sahaja mudah untuk dapat, apabila dah semakin besar, pengorbanan lah yang diberikan buat sesuatu yang diinginkan. belajar untuk menerima dengan baik. belajar untuk menjadi lebih kuat fizikal, mental bahkan rohani.
yang pasti biarlah perubahan itu adalah sesuatu yang baik dan kekal.

" maybe people think that i have changed, but the truth is, i think i have just found myself ".
new semester, last semester .
Salam Alaykum.
Alhamdulillah, akhirnya semester lima yang ditunggu-tunggu sudah bermula. InsyaAllah semester baru ni merupakan semester yang terakhir sebagai pelajar sebelum melangkah ke alam pra-pekerjaan atau praktikal semester enam nanti.
dah pernah rasa sebagai senior pelajar diploma. sekarang giliran untuk rasa sebagai senior pelajar degree pulak. seronok dan tak sabar tapi pada masa yang sama, perasaan takut tetap ada. Semester lima ada enam subjek yang harus dimahirkan cukup-cukup. kesemuanya empat masa kredit. besar tu. harap semua subjek dapat gred yang tinggi supaya pointer boleh naik atau maintain pun Alhamdulillah sangat.
dulu masa akhir diploma, fikir pointer sebab nak apply degree. sekarang, bila dah degree, fikir pointer sebab nak apply kerja. kerja tu masa depan. kalau boleh nak dapat kerja yang baik. siapa yang tak nak kerja yang baik kan ? kalau kita belajar di universiti untuk lima hingga enam tahun tapi bekerja ni lain. kita akan buat untuk separuh hidup kita yang mendatang. ibaratnya lah kan .maksudnya, itulah aktiviti harian kita sehingga umur cukup untuk bersara, InsyaAllah jika dipanjangkan umur sehingga bersara.
diploma semester enam berakhir dengan banyak memori indah yang best belaka. diharapkan degree pun sama. berakhir dengan baik dan jayanya. Ameen.
walau tempat, keadaan, orang dan memori diploma dan degree berbeza tapi saya tetap yakin keduanya merupakan momen terindah yang pernah Allah beri peluang untuk saya rasa. Alhamdulillah.
jika diberi Rezeki dan Jalan olehNya, saya berniat nak sambung Master. sementara saya masih bebas komitmen hati dan perasaan saya nak terus sambung belajar. moga niat ini dipermudahkan dan diberkati Allah hendaknya.
Ameen.

priceless
Salam Alaykum.
seorang manusia itu,
seorang manusia itu,
tak kira rupanya atau bentuk fizikalnya,
dia tetap istimewa.
istimewanya seorang manusia itu pulak tersendiri.
masing-masing punya kelebihan Allah SWT kurniakan.
kurang/lebih 'perfect' Allah letakkan.
pandangan sinis dan komen negatif itu semua manusia yang cipta.
di sisi Yang Esa kita semua adalah sama.
::: Priceless - tak ternilai. itu kita.
Subscribe to:
Comments (Atom)