mula semester sudah tanamkan niat awal-awal tak mahu memegang sebarang jawatan dalam kelas mahupun dalam course. alih-alih, rezeki sekali lagi untuk semester ni.
mula-mula project manager suruh pegang jawatan setiausaha tapi ditukar last minute sebab jawatan tu ditolak oleh pemegang sebelumnya. diri jenis susah nak berkira. kalau susah sangat, tiada orang mahu , kira ambil je asal tahu masih boleh buat dan mampu.
salah satu subject semester lima ni pulak memerlukan setiap grup menjalankan satu training program sendiri. kira procedure dan etika seharuslah sebijik seperti yang real. kena bina syarikat sendiri dan ada komuniti sendiri bagi setiap grup. rasa gerun sebab lecturer nak nampak real and smooth je. ibaratkan mahu mendidik orang dengan segalanya dari kreativiti ahli grup untuk menarik perhatian audience yakni classmates sendiri.
jawatan semasa seharusnyalah sebagai seorang hamba Allah. sebagai anak kepada emak & ayah, adik & kakak kepada adik beradik serta sahabat kepada teman seperjuangan. kesemua jawatan semasa ni tak pernah rasa nak tinggalkan atau berputus asa. sebolehnya dari hari ke hari nak cuba untuk perbaiki semoleknya.
semoga urusan baru dan semasa sentiasa dipermudahkan Allah dan mendapat keredhaan dariNya. Ameen.
No comments:
Post a Comment