Friday, 27 September 2013

love you Mr Arrogant

Salam  Alaykum.



yay ! happy  semacam sebab cerita yang ditunggu finally  dah on air  setiap isnin-khamis. cuma kalau waktu tayangan dapat buat malam lagi cool . novel ni best  and drama pun awesome  !

love you mr arrogant . dengar pun dah tau yang lelaki tu mesti seorang yang berlagak @ poyo. yes , memang betul irham seorang lelaki yang berlagak and ego sangat. tapi dalam drama atau dunia sebenar macam mana keras and kering hati seseorang lelaki tu tapi bila dah berjumpa dengan wanita yang tepat, dia pasti akan berubah.

lelaki memang ego. tambahan lelaki tak suka tonjolkan perasaan pada umum. lebih suka diam dan pendam. tak seperti perempuan yang selesa untuk berkomunikasi berkenaan perasaan kepada orang lain. hati lelaki tu kering, sukar menebak apa yang diorang rasakan or fikirkan.

yang berani seperti irham akan berdiri hadapan luahkan perasaan dan berusaha sehingga dapat. yang sebaliknya, mungkin mereka belum merasakan masa yang tepat untuk berterus terang.  ada seorang kawan lelaki, dia ditanya kenapa tidak melakukan tindakan seterusnya iaitu meluahkan, dia menjawab, 'aku boleh luahkan pada dia. tapi apa yang boleh aku beri pada dia ? kalau sayang mampulah aku bagi'.

conclusionnya, ada juga lelaki yang memilih untuk senyap kerana mereka merasakan belum masanya lagi . masa yang tepat itu harus datang dengan kemampuan dia sebagai lelaki yang bakal menanggung pasangan mereka kelak.








No comments:

Post a Comment