Salam Alaykum.
masa sentiasa berjalan.
tak pernah berhenti.
hidup berterusan tanpa kenal erti kembali.
kesilapan tak boleh diubah hanya mampu dipelajari.
ujian silih berganti menjadi penguat hidup yang semakin matang.
banyak mengajar agar lebih padaNya.
dikurniakan keluarga, saudara dan kenalan.
di dunia banyakkan yang baik agar di Sana biarlah yang terbaik.
masa yang ada jangan dipersiakan
yakin pada ketentuan Allah Yang Maha Esa.
Dia Maha Mengetahui akan segalanya.
Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dia aturkan perancangan yang hebat lebih dari baik.
ajarkan hati lebih bersabar dan sentiasa ingat padaNya.
gunakan perantara Doa sebaiknya.
kerana Dia sentiasa ada bersama kita.
No comments:
Post a Comment