kita bertemu kerana Allah yang rencanakan.
kita berpisah jua kerana Allah yang tetapkan.
bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.
pertemuan itu bukan yang dirancang.
kita tak pernah terfikir untuk bertemu dan mengenali.
namun, pertemuan ini begitu indah direncanakan oleh AllahMaha Kuasa.
silaturrahim dan persahabatan menjadi asas perhubungan dariNya.
berpisah kerana takdirNya.
yang pasti direncanakan terbaik untuk kita hambaNya.
andai jodoh masih panjang, Dia pasti mempertemukan kembali.
andai tidak, Dia pasti menunjukkan jalan ke arah yang tepat pada satu masa yang pasti
pertemuan dari Allah sangat indah.
perpisahan dariNya pula punya makna mendalam akan kasih sayangNya.
No comments:
Post a Comment