Thursday, 31 October 2013

bertemu dan berpisah kerana Allah SWT

Salam. 


kita bertemu kerana  Allah yang rencanakan.
kita berpisah jua kerana  Allah yang tetapkan.

bertemu dan berpisah kerana  Allah SWT.


pertemuan itu bukan yang dirancang.
kita tak pernah terfikir untuk bertemu dan mengenali.
namun, pertemuan ini begitu  indah direncanakan oleh  AllahMaha Kuasa.
silaturrahim dan persahabatan menjadi asas perhubungan dariNya.

berpisah kerana takdirNya.
yang pasti direncanakan terbaik untuk kita hambaNya.
andai jodoh masih panjang, Dia pasti mempertemukan kembali.
andai tidak, Dia pasti menunjukkan jalan ke arah yang tepat pada satu masa yang pasti


pertemuan dari  Allah sangat indah.
perpisahan dariNya pula punya makna mendalam akan kasih sayangNya.


Monday, 7 October 2013

sabar je lah

Salam  Alaykum.



bukan nak merungut atas tanggungjawab yang diberikan ke atas diri ni. saya bersyukur. cuma satu je. kecewa dan kesal dengan sikap manusia.

saya tak kisah diberi tugas, memegang amanah pada sesuatu. tapi apa pun biarlah ia berpada. saya bertugas satu benda, takkan hal remeh masih juga perlu dipikul atas bahu saya sendiri.

bayangkan, kerja semester ni memang berlambak. tugasan setiap subjek jadi double. belum masuk test, quiz  and final  exam  lagi. tambahan pula semester ni jugak kena fikirkan urusan mengenai tempat latihan praktikal. nak mencarinya bukan tugas yang mudah. hanya  Allah Yang Maha Tahu.

Allah menguji kerana  Allah sayang. Dia tahu kita kuat dan mampu untuk menghadapinya.

semoga diri ini terus kuat.  Amin Ya Rabbal  Alamin .




Saturday, 5 October 2013

kalau rindu

Salam  Alaykum.



sedang merindui ?

kalau kita rindukan sesorang, adalah lebih baik mengamalkan Doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha;

"Ya  Allah,  sampaikan  salam  rinduku  kepada 
.......................... (nama penuh insan tersebut)
sehingga  aku  menjadi  kerinduannya...  Ameen"


andai dia insan yang tepat, semoga  Allah mengabulkan doa pengharapan kita. dekatkan kita dalam perhubungan yang diredhaiNya.  Ameen Ya Rabbal  Alamin.

nilaikan

Salam  Alaykum.


masa sentiasa berjalan.
tak pernah berhenti.
hidup berterusan tanpa kenal erti kembali.

kesilapan tak boleh diubah hanya mampu dipelajari.
ujian silih berganti menjadi penguat hidup yang semakin matang.
banyak mengajar agar lebih padaNya.

dikurniakan keluarga, saudara dan kenalan.
di dunia banyakkan yang baik agar di Sana biarlah yang terbaik.
masa yang ada jangan dipersiakan

yakin pada ketentuan  Allah Yang Maha Esa.
Dia Maha Mengetahui akan segalanya.
Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dia aturkan perancangan yang hebat lebih dari baik.
ajarkan hati lebih bersabar dan sentiasa ingat padaNya.
gunakan perantara Doa sebaiknya.

kerana Dia sentiasa ada bersama kita.