Saturday, 16 November 2013

rezeki

Salam  Alaykum.



Alhamdulillah.

tiga minggu yang lepas, saya dapat maklum balas dari salah sebuah organisasi yang saya pilih untuk melakukan latihan praktikal yang bakal saya laksanakan bermula februari tahun hadapan. :)

syukur ke hadrat Allah SWT. terima kasih Ya Allah.

saya gembira bukan kepalang. excited usah cerita lah. tapi perasaan gementar tetap ada. latihan praktikal adalah satu benda baru yang harus saya lakukan demi mendapatkan pengalaman berguna untuk masa hadapan kelak. macam macam saya rencanakan demi melakukan yang terbaik untuk latihan praktikal nanti.

perasaan ini sama seperti mula-mula saya dapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat diploma dulu. saya merasakan seakan satu perubahan yang besar dari peringkat sekolah ke alam univeristi. takut, gementar, sedih semua bercampur baur. tapi Allah itu Maha Penyayang. Allah permudahkan segalanya buat saya menjalani tiga tahun di selatan dengan baik dan jayanya. Allah berikan insan insan istimewa dalam perjalanan tersebut untuk saya bertemu, dan berpisah dengan sebahagiannya atas kehendakNya.

tiga tahun disana rasa sekejap sangat. sekarang di utara pun sudah sampai ke penghujung tempoh ijazah. in shaa Allah. rasa masa berjalan amat pantas.

semua yang terjadi dalam hidup saya, saya anggap itu REZEKI dari Allah.

tiap yang terjadi adalah atas izin yang direncanakan Allah buat saya hambaNya.

saya bersyukur. saya amat yakin tiap yang berlaku,  pasti terselit hikmah indah dari Allah.


semoga saya terus kuat. Amin Ya Rabbal Alamin.


Thursday, 31 October 2013

bertemu dan berpisah kerana Allah SWT

Salam. 


kita bertemu kerana  Allah yang rencanakan.
kita berpisah jua kerana  Allah yang tetapkan.

bertemu dan berpisah kerana  Allah SWT.


pertemuan itu bukan yang dirancang.
kita tak pernah terfikir untuk bertemu dan mengenali.
namun, pertemuan ini begitu  indah direncanakan oleh  AllahMaha Kuasa.
silaturrahim dan persahabatan menjadi asas perhubungan dariNya.

berpisah kerana takdirNya.
yang pasti direncanakan terbaik untuk kita hambaNya.
andai jodoh masih panjang, Dia pasti mempertemukan kembali.
andai tidak, Dia pasti menunjukkan jalan ke arah yang tepat pada satu masa yang pasti


pertemuan dari  Allah sangat indah.
perpisahan dariNya pula punya makna mendalam akan kasih sayangNya.


Monday, 7 October 2013

sabar je lah

Salam  Alaykum.



bukan nak merungut atas tanggungjawab yang diberikan ke atas diri ni. saya bersyukur. cuma satu je. kecewa dan kesal dengan sikap manusia.

saya tak kisah diberi tugas, memegang amanah pada sesuatu. tapi apa pun biarlah ia berpada. saya bertugas satu benda, takkan hal remeh masih juga perlu dipikul atas bahu saya sendiri.

bayangkan, kerja semester ni memang berlambak. tugasan setiap subjek jadi double. belum masuk test, quiz  and final  exam  lagi. tambahan pula semester ni jugak kena fikirkan urusan mengenai tempat latihan praktikal. nak mencarinya bukan tugas yang mudah. hanya  Allah Yang Maha Tahu.

Allah menguji kerana  Allah sayang. Dia tahu kita kuat dan mampu untuk menghadapinya.

semoga diri ini terus kuat.  Amin Ya Rabbal  Alamin .




Saturday, 5 October 2013

kalau rindu

Salam  Alaykum.



sedang merindui ?

kalau kita rindukan sesorang, adalah lebih baik mengamalkan Doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha;

"Ya  Allah,  sampaikan  salam  rinduku  kepada 
.......................... (nama penuh insan tersebut)
sehingga  aku  menjadi  kerinduannya...  Ameen"


andai dia insan yang tepat, semoga  Allah mengabulkan doa pengharapan kita. dekatkan kita dalam perhubungan yang diredhaiNya.  Ameen Ya Rabbal  Alamin.

nilaikan

Salam  Alaykum.


masa sentiasa berjalan.
tak pernah berhenti.
hidup berterusan tanpa kenal erti kembali.

kesilapan tak boleh diubah hanya mampu dipelajari.
ujian silih berganti menjadi penguat hidup yang semakin matang.
banyak mengajar agar lebih padaNya.

dikurniakan keluarga, saudara dan kenalan.
di dunia banyakkan yang baik agar di Sana biarlah yang terbaik.
masa yang ada jangan dipersiakan

yakin pada ketentuan  Allah Yang Maha Esa.
Dia Maha Mengetahui akan segalanya.
Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dia aturkan perancangan yang hebat lebih dari baik.
ajarkan hati lebih bersabar dan sentiasa ingat padaNya.
gunakan perantara Doa sebaiknya.

kerana Dia sentiasa ada bersama kita.


Friday, 27 September 2013

love you Mr Arrogant

Salam  Alaykum.



yay ! happy  semacam sebab cerita yang ditunggu finally  dah on air  setiap isnin-khamis. cuma kalau waktu tayangan dapat buat malam lagi cool . novel ni best  and drama pun awesome  !

love you mr arrogant . dengar pun dah tau yang lelaki tu mesti seorang yang berlagak @ poyo. yes , memang betul irham seorang lelaki yang berlagak and ego sangat. tapi dalam drama atau dunia sebenar macam mana keras and kering hati seseorang lelaki tu tapi bila dah berjumpa dengan wanita yang tepat, dia pasti akan berubah.

lelaki memang ego. tambahan lelaki tak suka tonjolkan perasaan pada umum. lebih suka diam dan pendam. tak seperti perempuan yang selesa untuk berkomunikasi berkenaan perasaan kepada orang lain. hati lelaki tu kering, sukar menebak apa yang diorang rasakan or fikirkan.

yang berani seperti irham akan berdiri hadapan luahkan perasaan dan berusaha sehingga dapat. yang sebaliknya, mungkin mereka belum merasakan masa yang tepat untuk berterus terang.  ada seorang kawan lelaki, dia ditanya kenapa tidak melakukan tindakan seterusnya iaitu meluahkan, dia menjawab, 'aku boleh luahkan pada dia. tapi apa yang boleh aku beri pada dia ? kalau sayang mampulah aku bagi'.

conclusionnya, ada juga lelaki yang memilih untuk senyap kerana mereka merasakan belum masanya lagi . masa yang tepat itu harus datang dengan kemampuan dia sebagai lelaki yang bakal menanggung pasangan mereka kelak.








Wednesday, 25 September 2013

bendahari, ketua training program dan jawatan semasa

Salam  Alaykum.



mula semester sudah tanamkan niat awal-awal tak mahu memegang sebarang jawatan dalam kelas mahupun dalam course. alih-alih, rezeki sekali lagi untuk semester ni.

mula-mula project manager  suruh pegang jawatan setiausaha tapi ditukar last minute  sebab jawatan tu ditolak oleh pemegang sebelumnya. diri jenis susah nak berkira. kalau susah sangat, tiada orang mahu , kira ambil je asal tahu masih boleh buat dan mampu.

salah satu subject  semester lima ni pulak memerlukan setiap grup menjalankan satu training program  sendiri. kira procedure  dan etika seharuslah sebijik seperti yang real.  kena bina syarikat sendiri dan ada komuniti sendiri bagi setiap grup. rasa gerun sebab lecturer  nak nampak real and smooth  je. ibaratkan mahu mendidik orang dengan segalanya dari kreativiti ahli grup untuk menarik perhatian audience  yakni classmates  sendiri. 

jawatan semasa seharusnyalah sebagai seorang hamba Allah. sebagai anak kepada emak & ayah, adik & kakak kepada adik beradik serta sahabat kepada teman seperjuangan. kesemua jawatan semasa ni tak pernah rasa nak tinggalkan atau berputus asa. sebolehnya dari hari ke hari nak cuba untuk perbaiki semoleknya. 

semoga urusan baru dan semasa sentiasa dipermudahkan Allah dan mendapat keredhaan dariNya. Ameen.